Monday, October 24, 2016

Pengalaman bersalin normal di hospital sultan ismail hsi jb part 2

Ok jom kite sambung. 

Lepas dah pasang jarum smua.  Nurse pulak pasang salur untuk kosongkan air kencing.  Pasang je, aku terus membuang dengan jayanya.  Hahaha. Lepas tu terasa nak membuang air besar,  req kat dr pelatih,  tak dibenarkan sebab takut terbesalin.  

8.45 induce pertama dimasukkan.  Aku relax lagi.  Tak rasa sakit langsung.  Ctg dipasang,  tapi kontraksi memang tak ada.  Dr syak anak aku tido.  Hahaha.   Amboii.  Sedap aje.  

Hubby aku masuk.  Mula la proses pegang tangan dan bagi semangat.  Sebab hubby aku risau aku ade sejarah pitam masa mengandung kalau terlalu sakit boleh sawan gitu.  Risau la terjadi masa nak bersalin.  

Disebabkan tak rasa kontraksi dan tak sakit , masa pukul 9.45 , induce dos kedua dimasukkan.  After 5min aku dah start rasa sakit.  Makin lama makin kerap.  Kat sebelah aku hubby,  dan ada sorg nurse yang tukang bagi kata kata semangat waja.  Haha. Sakit makin kerap.  Rasa mcm tak de rest pun,  graf kontraksi memgang dah turun naik. Means kekerapan tu makin kerap.  Aku da gigil gigil tahan sakit.  Mengiring je yg buat aku tenang smbil berzikir.  Tapi nurse tak bagi mengiring sbb bacaan ctg lari.  Aku buat tak tau je. Hahaaha. Pukul 10.40 dr dtg cek VE dah 8cm . Dah lega dah.  Jap lagi dr kate lagi 2jam aku akan bersalin.  Aku cam. Ape ni apenii..  Lama ooii 2jam . Dlm hati jelah.  

Dah tak tahan sangat nurse bagi  sedut gas. Aku ape lagi.  Sedut selagi boleh. Hahaha. Pukul 10.45 masuk lagi induce yg ke3 .. Dalam pukul 10.55 kot dr pakar dtg cek draf ctg.  Nurse kene marah sebb bagi dos ke3 sebab aku punye kontraksi terlalu kerap. Setiap saat wey.  Padanlah aku memang tak berhenti sakit.  Pukul 11 aku dah tak tahan.

Aku :nurse cek laaa, xtahan nii..  Sakitt..  
Nurse: tadi bru cek, 8cm yg. Lagi 2jam .10cm baru bole teran.  
Aku: saya tak thn sgt,  cek laaa nurse.  

Aku masa ni tgah mengiring.  
Nurse: ok jap.  Cuba kangkang.   Eh.  Kepala dah kluar.  Drr.  Nurse bersedia.  

Masa mula la operasi.  Nurse bagi arahan,  kangkang. Tangan letak mana  kepala macamane. Aku ikut je sbb sakit sangat.  

Dr: ok puan.  Teran. ( aku pun terann)  , 
Ok puan ok ke?  Relax jap.  Kepala dah keluar,  nak keluarkan bahu.  Ok puan. Teran.  

Aku pun terann, Dr terus buat epi sebab katenye anak ptama mmg epi.  Terus laju je anak aku meluncur keluar.  Alhamdullillah kata semua orang . Tepat jam 11.09 . 

Dr minta hubby yang potong tali pusat. Dr angkat, tunjuk jantina . Laki aku cakap eh perempuan yang .  Aku pun tengok.  Aahla perempuan.. Haha.  Semua pelik ngan telatah kami.  Sebab kisahnya,  scan menunjukkan lelaki.  Barang yg disediakan berunsurkan boboy.  Haha.  Nama pun sedia satu je. Konon konpom lelaki.  

Sambung part 3
Photobucket

No comments:

© Aja Shar | Templates by: Nurulchumel Design | All Rights Reserved™