Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, October 24, 2016

Pengalaman bersalin normal di hospital sultan ismail hsi jb part 3

Setelah jantina ditunjukkan, bgi skin to skin ngan ummi.  Senyum je aku tgok anak sendiri.   Perasaan yg sukar digambarkan.  Kecik je.  2.46kg . Hubby amik utk azan.  Pas pada nurse utk proses pembersihan.  
Selepas tu,  hubby diminta keluar sebab proses keluarkan uri dan jahit tak settle lagi.  Hubby kluar je,  nurse urut perut nak kluarkan uri.  Pastu aku dengar uri outt.  Pastu tetiba ada komplikasi.  Darah keluar dengan banyak dan rahim aku tak nak mengecut.  Terus kene cucuk kat peha.  
Lepas tu dr pakar datang untuk proses jahitan.  Aku memang tak bermaya,  sebab last makan dan minum,  malam kol 9 . Penat tak terkata.  Selesai proses jahit, which sekejap je sbb epi aku potong sikit je.  
Datang nurse utk cek jahitan, rupenye ade jahitan yang tak tercantum.  Agaknye dr pakar tu penat sangat.  Tgok muka pun nampak nau penat.  Nurse sambung jahit.  Pun sekejap sebab tak besar.  
 
Lepas selesai semua proses, baby diberikan,  lalu bermula proses penyusuan pertama. Pndai pulak baby cari.  Nurse pun tolong suakan siap puji nipple aku.  Agaknya nak bagi semangat kot.  Hahahaha.  
Masa nak ditolak ke wad, nurse tanye taknak masuk wad dua ke..  Aku pelik ngan soalan tu,  sebab memang asalnye aku minta wad 2 . Tapi hubby jawab,  wad 3 .. ( rujuk kes masa part 1) 
Aku ikut je sebab penat . Tapi aku ditempatkan wad kedua.  Aku dan hubby sama sama pelik.  Rupanya kisahnye wad 3 dah penuh.  Jadi kami ditolak ke wad kedua.  Tapi bayaran wad ke3 .. Tulah aturan allah.  Walaupun duit hilang dicuri. Tpi dapat la merasa wad kedua.  .
Disebabkan masa tu pukul 12 . Laki aku stay je sbb masa melawat pukul 12.30-2.00 .  Mak mertua aku datang dengan adik ipar bawak lauk pantang.   Hepi sangat.  Tenkiu makk.   
Borak borak.  Datang pulak abg ngah dan kak ina. Gilir gilir naik sebab anak tak bole naik atas .  Lepas pukul 2 hbby balik.  Aku trus collape sbb penat sgt. Dr srh dtg bilik nak cek pun aku tak larat.  Sbb klu cek ok, ptg dah bole balik. Tapi seriyes tak larat.  Last2 mmg aku kene tido wad smalam sebab nak monitor baby.  Ptg tu hbby dtg,  bru mandi,  tuka pad smua.  
Photobucket

Pengalaman bersalin normal di hospital sultan ismail hsi jb part 2

Ok jom kite sambung. 

Lepas dah pasang jarum smua.  Nurse pulak pasang salur untuk kosongkan air kencing.  Pasang je, aku terus membuang dengan jayanya.  Hahaha. Lepas tu terasa nak membuang air besar,  req kat dr pelatih,  tak dibenarkan sebab takut terbesalin.  

8.45 induce pertama dimasukkan.  Aku relax lagi.  Tak rasa sakit langsung.  Ctg dipasang,  tapi kontraksi memang tak ada.  Dr syak anak aku tido.  Hahaha.   Amboii.  Sedap aje.  

Hubby aku masuk.  Mula la proses pegang tangan dan bagi semangat.  Sebab hubby aku risau aku ade sejarah pitam masa mengandung kalau terlalu sakit boleh sawan gitu.  Risau la terjadi masa nak bersalin.  

Disebabkan tak rasa kontraksi dan tak sakit , masa pukul 9.45 , induce dos kedua dimasukkan.  After 5min aku dah start rasa sakit.  Makin lama makin kerap.  Kat sebelah aku hubby,  dan ada sorg nurse yang tukang bagi kata kata semangat waja.  Haha. Sakit makin kerap.  Rasa mcm tak de rest pun,  graf kontraksi memgang dah turun naik. Means kekerapan tu makin kerap.  Aku da gigil gigil tahan sakit.  Mengiring je yg buat aku tenang smbil berzikir.  Tapi nurse tak bagi mengiring sbb bacaan ctg lari.  Aku buat tak tau je. Hahaaha. Pukul 10.40 dr dtg cek VE dah 8cm . Dah lega dah.  Jap lagi dr kate lagi 2jam aku akan bersalin.  Aku cam. Ape ni apenii..  Lama ooii 2jam . Dlm hati jelah.  

Dah tak tahan sangat nurse bagi  sedut gas. Aku ape lagi.  Sedut selagi boleh. Hahaha. Pukul 10.45 masuk lagi induce yg ke3 .. Dalam pukul 10.55 kot dr pakar dtg cek draf ctg.  Nurse kene marah sebb bagi dos ke3 sebab aku punye kontraksi terlalu kerap. Setiap saat wey.  Padanlah aku memang tak berhenti sakit.  Pukul 11 aku dah tak tahan.

Aku :nurse cek laaa, xtahan nii..  Sakitt..  
Nurse: tadi bru cek, 8cm yg. Lagi 2jam .10cm baru bole teran.  
Aku: saya tak thn sgt,  cek laaa nurse.  

Aku masa ni tgah mengiring.  
Nurse: ok jap.  Cuba kangkang.   Eh.  Kepala dah kluar.  Drr.  Nurse bersedia.  

Masa mula la operasi.  Nurse bagi arahan,  kangkang. Tangan letak mana  kepala macamane. Aku ikut je sbb sakit sangat.  

Dr: ok puan.  Teran. ( aku pun terann)  , 
Ok puan ok ke?  Relax jap.  Kepala dah keluar,  nak keluarkan bahu.  Ok puan. Teran.  

Aku pun terann, Dr terus buat epi sebab katenye anak ptama mmg epi.  Terus laju je anak aku meluncur keluar.  Alhamdullillah kata semua orang . Tepat jam 11.09 . 

Dr minta hubby yang potong tali pusat. Dr angkat, tunjuk jantina . Laki aku cakap eh perempuan yang .  Aku pun tengok.  Aahla perempuan.. Haha.  Semua pelik ngan telatah kami.  Sebab kisahnya,  scan menunjukkan lelaki.  Barang yg disediakan berunsurkan boboy.  Haha.  Nama pun sedia satu je. Konon konpom lelaki.  

Sambung part 3
Photobucket

Pengalaman bersalin normal di hospital sultan ismail hsi jb part 1

Assalamualaikum..  
Sebenarnye dah 2 tahun aku bersalinkan damia. 2 tahun 8 bulan lebih tepat.  Tapi baru sekarang tergerak hati nak publish post ni.  Disebabkan aku sekarang tak bekerja dan tengah mengandung anak kedua,  pengalaman ni bermain main di pikiran.  Kui kui kui.  

Hahahaha.  Kelakar sangat ayat aku nih. Punya la lama tak update, cam gini sudey ayat yang keluar kat minda.  Sorry la ye.  Jom aku story by kronologi.   By the way.  Entry ni sangaaatt panjang.  Percayalah.  

7/2/2014 
Masa ni aku still bekerja.  Jadinya aku memang dah tak larat sangat nak keje.  Langsung.  Dah ler kene naik turun tangga tiap hari . Maka hari jumaat nih, aku memang da siap2 minta cuti start 10.2 dengan alasan aku gdm kene paksa bersalin 38w. 

Masa ni actually aku baru 35w5d . Cara tak minta cuti awal 2 minggu.  Hahaha.  Kebetulan 10/2 ni memang ade checkup, so aku tambah alasan nak checkup terus cuti.  Keje sume dah memang aku siapkan,  dah hand over semua.  So boleh start cuti tanpa pikir pasal keje.  

Malam balik tu tetiba aku perasan ada bloodshow kat pad yang aku pakai.  Tapi takada sakit . So aku biarkan sahaja.  Hahaha.  

Aku dah makin mengah.  Malas dah nak buat apa apa.  Muka dah toye.  Request kat hubby nak takoyaki.  Tapi sebab kol 1 baru request memang tak dapat lah.  Hahaha.  

Last last cakap nak makan kari udang laki aku masak.  Sebab esok sabtu , laki aku setuju je..  Layankan bini dia sorang nih.  

8/2/2014
Sakit pinggang,  kelengkang semua.  Perasan baby dah tak aktif.  Sampai pukul 7 malam gerakan baru 6 . Cakap kat hubby, pas makan kari udang gi sepital jap.  Malam tu makan kari udang 2 ketul je.  Satu risau sebab bby tak gerak.  Satu lagi selera macam tak ada. 

Pukul 11 lebih gerak pegi hsi.  Sampai kat bilik saringan,  nurse tanye problem datang.  Bgitau baby tak bergerak.  Jumpe dr,  bgitau gerak 7 kali aje.  Dr kate, laaa 7 kali still ok.  Tak perlu datang . Macam la gua tau.  Dah kata kurang  10 datang, aku datang je la.   Jawab aku dalam hati.  Tapi still diorg cek ctg.  Tengok ada kontraksi atau tidak.  Lama jugak la.

Masa tengah cek ctg dengar dr berbual.  Ade 2 org dr btugas malam tu.  Dr perempuan india yang gelakkan aku sbb datang eventhou gerakan 7 dan dr lelaki melayu yang bru posting 2 hari.  Haha. 

Aku dengar je diorang smbil isi form.  Malam tu dr pakar yang bertugas jenis yang tak tunggu.  Lmbt sikit request induce pde psakit.  Dalam hati jangan la aku bersalin malam tu.    Dekat pukul 2 aku smpai rumah.  

9/2/2014
Smpai rumah pukul 2 lebih.  Dah siap siap nak tido.  Tetibe hubby req nak bsama.  Kang 3 bulan kene puasa.  Aku layankan je.  Kang derhaka pulak.. Haha.  

Dalam pukul 4 terasa nak buang air.  Bangun pelan pelan.  Turun je katil,  dengar bunyi 'pop'. Tetiba kain basah.  Mule2 ingat air kencing,  sebab memang nak terkencing .mencecet aku lari.  Bilik air bebetul depan bilik . Masuk bilil air,  air makin laju keluar. Baru sedar air ketuban rupanye. 

Salin pad terus kejut hubby.  Blur sebab tak tau nak buat ape.  Terus siap siap.  Tuka pad lagi sebab air masih keluar.  Naik kereta singgah bank sebab dari bacaan kene bayar deposit untuk pendaftaran . 

Memang dah niat nak masuk 2nd class.  So hubby siap siap keluar rm1k sebab tak pasti harga wad masa tu.  

Sampai hsi,  nurse yang sama tanya kenapa datang lagi. Cakap air ketuban pecah.  Dr P cakap, memang la pecah sebab dah buat VE tadi.  Tapi nasib baik dr L tadi cakap dia tak buat . Dan memang tak ada pun.  Just ctg je tadi. 

Masuk bilik saringan kene duduk sbb katil penuh.  Dengar la rintihan ibu ibu yang da sakit sakit.  Aku sebab memang tak sakit,  so duduk diam diam.  Just sejuk je, sebab air ketuban still tak behenti keluar . 

Nurse panggil salin baju hospital dulu.  Pastu dr L yang bru keje 2 hari cek aku.  Nak buat VE.  Seluk,  nasib tak sakit.  Dah buka 3 cm,  lepas ni nurse cek ctg pastu terus masuk labor room ye puan.  Ok.  Terus excited.  Hahahah

Aku tengok jam dah pukul 8 . Oh lama rupenya aku kat situ,  sebab masa smpai hospital dekat pukul 5 lebih.  Kira 3 jam proses menunggu dan proses cek VE dan ctg. 

Nama aku dipanggil sebab LR da tersedia.  Masuk je ruang nak ke LR ada nurse cakap, 'Hah..  Ade lagi" . Aku syak pagi tu memang bersalin berjemaah, ramai la tu. Masuk labor room,  nurse soh bukak kain, untuk senang proses bersalin.  Aku just di selimut.  Dr pelatih datang,  cek VE.  Masih 3cm tapi air ketuban langsung ksong . Decide kene induce. So,  kene pasang 3 jarum.  Air,  insulin dan ubat induce. Selepas settle,  aku request panggil hubby.  Tapi tak ada. Pelik jugak.  Mana la laki aku pegi.  Memula aku syak nurse taknak panggil. Hahaha.  

Rupenye ade kes.  Dompet laki aku hilang.  Tertinggal kat toilet panggil ilang.  Sedih.  Jumpa kat dlm semak.  Rupenye semua orang tolong mencari. Dalam tu duit rm1k dan kad kredit sume iilang.  Yang selamat kad pengenalan. Nasib la aku tau bila dah masuk wad.

Sambung ke part 2 

Photobucket
© Aja Shar | Templates by: Nurulchumel Design | All Rights Reserved™